Kata orang Melayu, "rumah siap pahat berbunyi".
Lebih dua dekad mengemudi layar Negeri Sembilan, namun percubaan mantan Menteri Besar itu meraih undi dengan mencanangkan jasa yang pernah ditabur bukanlah satu tindakan yang bijak.
Bukan hanya kepada 10 peratus kaum Cina di Bagan Pinang tetapi umum juga mengetahui, penyedian prasarana di sesuatu kawasan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah dan ia tidak perlu diungkit apabila tiba musim pilihanraya.
Ujar ADUN Petaling Jaya, Tony Phua Kiam Wee, kerajaan tidak wajar menjadikan itu sebagai umpan atau ugutan kepada rakyat untuk memilih mereka setiap kali pilihanraya diadakan.
" Memang dia punya tanggungjawab.Kalau saya kerajaan, saya kena bina jalan, tidak mungkin saya akan ambil kredit tentang perkara tersebut. Jadi, tentulah apabila sudah menjadi kerajaan, patutlah mereka menunaikan tugas-tugas mereka sebagai pihak kerajaan. Dan mereka tidak boleh kata kerana mereka kerajaan, mereka membina jalan mereka perlu diberikan tepukan dan ransangan yang terlalu banyak bagi kerja-kerja yang mereka sepatutnya perlu buat".
Meskipun Tan Sri Isa Samad dicanangkan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik malah banyak berjasa di tempat kelahirannya, namun pemimpin itu nyata tidak matang kerana mengungkit setiap apa yang dilakukannya.
Menurut Phua, walaupun Isa telah memberikan sumbangannya terhadap pembinaan dan pembiayaan sekolah Cina di Teluk Kemang namun adakah selama 22 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar Isa telah memenuhi setiap tuntutan masyarakat setempat.
" Saya rasa perkara ini tidak menghairankan kerana dia dulu memang Menteri Besar. Tapi yang perlu kita ambil kira, berapa banyak yang dilabur di Teluk Kemang. Adakah pelaburan itu serasi dengan wang yang telah dilaburkan atau dibazirkan di sektor-sektor yang lain? Dan apakah gunanya di Negeri Sembilan satu tol antara Port Dickson dengan Seremban yang mengutip kadar tol yang amat tinggi yang telah beberapa kali terbengkalai sebelum ianya disiapkan?".
" Apa yang dia katakan, memang benar dia ada memberi sedikit duit tetapi apa yang sebenarnya kerajaan mampu jauh lebih banyak daripada apa yang dilaburkan. Saya agak masyarakat Cina di sana (Bagan Pinang) tidak akan terpengaruh dengan kata-kata yang telah diberikan oleh Isa Samad".
Phua berharap masyarakat cina di Bagan Pinang bijak menilai dan tidak akan termakan sebarang umpan mahupun gula-gula politik UMNO-BN di Bagan Pinang.
" Saya agak pengundi Cina di kawasan Bagan Pinang adalah pengundi yang matang. Mereka boleh lihat pendermaan yang sedikit-sedikit, pembinaan sekolah, pembinaan jalan, perkara-perkara tersebut tidak kira siapa yang menjadi wakil mereka di kawasan tersebut, juga akan terus dijalankan", kata Phua.
Sumber: http://www.tvantara.com/v1/
Browse » Laman Utama
Kalau Ikhlas Mengapa Diungkit- Tony Phua
DAP Gerik, Wednesday, October 7, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|