Kurang dari 100 orang menyertai tunjuk perasaan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Tunjuk perasaan ini terdiri dari gerombolan Pemuda Umno, Gerakan, MCA dan MIC menggesa Guan menyerahkan jawatannya itu kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.
Perhimpunan ini ternyata mencemarkan sidang dewan sempena 50 tahun Jubli Emas Dewan Dun Pulau Pinang. Ketika kekecohan berlaku, Guan Eng sedang merasmikan Pameran Maklumat Sivil 2009 DUN-Menghubungkan NGO dan Penggubal Dasar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di perkarangan dewan.
Guan Eng dalam satu sidang akhbar selepas itu mengkritik perbuatan demonstrasi tersebut yang dianggap mencemarkan imej Pulau Pinang, dan hanya memburukkan imej parti itu sendiri







Sumber: http://www.tvselangor.com/
Baca Seterusnya...
UMNO Mengganas di Sidang DUN Pulau Pinang
DAP Gerik, Monday, November 30, 2009Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak Ke-15
DAP Gerik, Friday, November 27, 2009
Tarikh: 29-11-2009 ( Ahad )
Time: 10:00pagi
Tempat: Tower Regency Hotel, Ipoh.
Baca Seterusnya...
Johari Abdul Sokong Saranan Teo Nie Ching
DAP Gerik,
Parti Keadilan Rakyat menyambut baik cadangan DAP untuk warganegara yang telah mencecah umur 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata cadangan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching itu bertepatan sekali kerana ia memudahkan proses pendaftaran pengundi-pengundi baru, terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman.
“ Saya amat setuju supaya semua rakyat mereka ada hak untuk mengundi. Walaupun sistem yang akan kita kita gunakan ialah sistem sukarela, tetapi rakyat kita ini kadang-kadang ia ambil mudah perkara ini. Khususnya yang berada di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman” ujarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sidang Dewan Rakyat berkata sehingga 20 Oktober lepas,seramai 4,300,542 orang belia yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.
Nie Ching dalam sidang media di lobi parlimen sebelum ini menegaskan, sistem pendaftaran automatic digunapakai di Eropah dan Taiwan.
Johari berkata urusan Suruhanjaya Pilihan Raya akan lebih mudah dan tersusun sekiranya kerajaan akur dengan cadangan ini.
Kerajaan cuma perlu mewujudkan jaringan antara pengkalan data SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi melicinkan proses ini.
“ Boleh-boleh. Oleh yang demikian, jika adanya sistem alternatif ini kita sudah boleh perkecilkan masalah pemilih berganda ini. Saya setuju. Saya tidak nampak perkara ini akan mendatangkan masalah” katanya.
“ In fact kita bawa kad bank pun kita boleh kita boleh keluarkan duit di MEPS, berbagai-bagai bank. Contohnya kita menggunakan maybank, boleh ambil di bank-bank lain. Maknanya zaman elektronik. Tidak mungkin perkara seperti ini tidak boleh dibuat”
Sumber: http://www.tvselangor.com/
Baca Seterusnya...
Sekitar Gambar Pendaftaran Pemilih Pilihanraya Di Hadapan Supermarket Gerik
DAP Gerik,Gerik, 27 November – DAP bahagian Gerik telah melancarkan gerakerja pendaftaran pemilih baru bagi peringkat DUN Temenggor yang telah disempurnakan oleh Pengerusi DAP Gerik Shum Koon Sang. Pelancaran tersebut telah di adakan di Hadapan Supermarket Gerik
Didalam pelancaran tersebut, Pengerusi DAP Gerik Shum Koon Sang mengharapkan semua pihak dari kalangan Parti PAS, PKR dapat bersama-sama menjalankan gerakerja agar pemilih baru yang layak, dapat di daftarkan seramai yang mungkin.
Selamat hari raya Aidil Adha
DAP Gerik, Thursday, November 26, 2009
DAP Bahagian Gerik mengucapkan Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia.
Moga Allah merahmati dan menerima ibadat korban kalian semua.
Kepada mereka yang sedang mengerjakan haji akan memperolehi Haji Mabrur.
Baca Seterusnya...
SPR,UMNO cuba meletakan maruah Perlembagaan Negeri dibawah kaki mereka..?
DAP Gerik, Wednesday, November 25, 2009Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
-------------------------------------------------------
Anak betina UMNO/BN ini sudah tentu tersengih-sengih menampakan barisan gigi karatnya setelah Mahkamah Rayuan hari ini memihak kepadanya untuk "menangguhkan" Pilihanraya DUN Kota Sputeh setelah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan ianya "kosong" setelah Adun lamanya "ponteng" persidangan DUN 2 penggal berturut-turut..
Apa yang belegar dikepala hotak ini..apakejadahnya "penangguhan" tersebut perlu dilakukan..?
Jika diteliti hujah dari Peguam Kanan Persekutuan Kamaludin Mat Said..
"wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat."
"Jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam."
"Jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan."
-------------------------------------------------------
Pelik tapi inilah realitinya..
Pihak UMNO dan SPR cuba untuk menjatuhkan maruah Perlembagaan Negeri dengan tindakan pelik tetapi diterima oleh Mahkamah..
Jika UMNO dan SPR ini mengetahui akan berlakunya pembaziran dana awam dan akan wujud dua wakil rakyat seandainya rayuan mereka dibenarkan setelah Pilihanraya diadakan mengapa perlu dikemukakan rayuan tersebuat ..?
Akur sajalah keputusan Mahkamah Tinggi..
Perkara pokok yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah SPR cuba mengingkari arahan Speaker DUN..
Hujah SPR bahawa tidak perlu diadakan pilihanraya baru akan membazirkan dana awam langsung tidak dipandang oleh Hakim Mahkamah Tinggi...Kenapa?
Apabila seorang Adun cuba menghina DUN dengan mempersendakan perjalanan sidang DUN dengan suka-suka dia cuti tanpa kebenaran speaker DUN...padahal dia sudah mengangkat sumpah untuk menghormati DUN..sesudah sumpah diangkat dia pula cuba nak jadi "kepala besar"..lebih besar dari Speaker DUN..
Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sudah menetapkan bahawa..Adun seperti ini ..yang berkelakuan seperti ini..tidak layak untuk mewakili rakyat untuk hadir ke dewan mulia DUN Kedah..
Beginikah wakil rakyat yang dapat memikul amanah yang diberi oleh rakyat..?
Lebih baik dibazirkan dana awam dari membayar gaji dan elaun kepada Adun yang tidak dapat memikul amanah rakyat serta tidak memuliakan DUN Kedah padahal Negerinya sendiri..
Mahu sahaja mulut ini ingin membisikan sesuatu kepada baginda Sultan Abdul Halim..buang sahaja orang sebegini dari menjadi rakyat Kedah..lucutkan nama tempat lahirnya didalam ic yang mencatatkan Negeri Kedah sebagai tempat kelahiranya..
Ini kerana..menghina DUN Kedah serta Perlembagaan Negeri..samalah juga menghina Sultan yang menjadi tonggak teraju DUN dan Perlembagaan Negeri Kedah..
Apa yang pasti..SPR dan UMNO masih mempunyai banyak masa dan ruang untuk mencari hujah baru utk memastikan Perlembangaan DUN Kedah diperkotak-katikan oleh mereka..sesudah mereka ini mencemari DUN Perak..
Sumber: http://apadianie.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
NYAWA BN MASA PRU IALAH SABAH&SERAWAK,TALIAN HAYAT BN MASA PRK ADALAH MAHKAMAH RAYUAN ?
DAP Gerik, Tuesday, November 24, 20091Malaysia dah jangka,Suruhanjaya Pilihan Raya akan berjaya didalam usahanya mendapat perintah penangguhan melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi.
Sebelum ini,Mahkamah Tinggi telah mengarahkan SPR supaya mengadakan Pilihanraya dan perintah tersebut akan berakhir besok.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.
Sumber: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/
Baca Seterusnya...

















Buka Semua
Tutup Semua

