Adegan memedihkan mata Umno. Kalau tak sanggup, jangan tengok

PAS dan DAP sekali lagi menunjukkan kematangan politik masing-masing untuk merapatkan mana yang jauh dan meleraikan mana yang kusut.

Walaupun ada berlaku peperangan media antara kedua parti ini, tetapi seperti yang kita tahu, media tersebut kebanyakkannya adalah milik atau pengampu Barisan Nasional.

Jadi, kita semua pasti dpat menjangkakan jikalau ada sedikit pergeseran dalam PR, media-media ini akan membesar-besarkannya hingga mengalahkan perang US dengan Iraq.

Kini kesepakatan antara dua pihak yang bertelagah kembali reda dan tentunya tidak digemari oleh BN.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sedia duduk semeja jikalau berlaku sebarang pertelingkahan.

Maka, tidak perlulah pemimpin PR mengikut jejak langkah Umno apabila mereka bertelagah hingga ada berlaku ke tahap berbunuhan seperti kes Datuk Taha dahulu.

“Walaupun wujud perbezaan antara kedua-dua buah parti dari sudut dasar dan prinsip perjuangan, namun atas semangat setiakawan yang sejati, perbezaan itu mudah ditangani seperti isu pengawalan minuman arak dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat),” kata Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/