Siapa tak ingat kehebatan dan kejutan yang dibuat Isa Samad semasa persidangan umNO. Tanpa diduga, Isa Samad dipilih sebagai Naib Presiden umNo paling tinggi pencalonan. Isa samad tersenyum puas hinggalah tindakan di ambil Jawatankuasa disiplin umNO. Nasib baik SPRM tidak mempunyai mata dan telinga yang membolehkan mereka menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa.
Mungkin Tun Mahathir antara yang paling kesal kerana umNO tidak membuka ruang kepada SPRM untuk bertindak terhadap ahlinya yang didapati bersalah terlibat dengan politik wang atau rasuah. Jika umNO membenarkannya tentu Mahathir tidak menerima malu besar lantaran cadangan, nasihat atau arahannya tak diterima pimpinan umNO .
Inilah yang dikatakan senjata makan tuan. Jika dulu umaNO berbangga kerana mereka boleh menghalang SPRM menganggu hal rumahtangga mereka, kini mungkin kekesalan itu muncul. Sebagaimana Mahathir pernah kesal kekalahannya di Kubang Pasu lantaran politik wang yang dulunya menjadi senjata beliau, demikianlah dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon umNO Bagan Pinang.
Kisah Isa membeli perwakilan umNO bukan rahsia. Di dalam undang undang bukan perasuah sahaja yang akan diambil tindakan malah yang menerimannya juga. Siapa penerima rasuah jika bukan perwakilan umNO yang mengundi Isa??? juga Ali Rustam baru baru ini??? Namun pastinya umnO AKAN MATI TANPA RASUAH.
Kini pemilihan Isa sekali lagi akan melihat limpahan rasuah di Bagan Pinang. Najib memulakannnya dengan peristiharan Bandar tentera darat. Kalau Isa boleh membeli perwakilan umNO yang memangnya dah kaya dan banyak makan dari calon lain, takkan Isa tak mampu membeli undi penduduk Bagan Pinang. Kali ini bukan hanya isa akan menjamu hidangan raya dan duit raya, tetapi juga ia akan dibantu jentera kerajaan pusat dan negeri dan pastinya umNO pusat. Saya amat pasti...sejarah duit raya dan jamuan raya termewah akan menjadi milik bumi dan penduduk Bagan Pinang.
Apapun keputusan pilihanraya nanti bakal menjadi ukuran sejauh mana nilai penduduk Bagan Pinang. Pastinya penduduk Bagan Pinang tak semurah perwakilan umNO yang mudah dibeli Isa ketika bertanding Naib Presiden dulu... Kita tunggu dan lihat sejauh mana kesombongan dan kebijaksanaan penduduk Bagan Pinang mengajar Isa dan umNO terhadap nilai dan harga diri mereka!!!
Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
REKOD JAMUAN DAN DUIT RAYA AKAN TERCIPTA DI BAGAN PINANG
DAP Gerik, Wednesday, September 30, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|