Dalam diam-diam, dah dua cawangan DAP yang berahlikan 100% orang Melayu ditubuhkan di Selangor. Dari maklumat saya dapat, ianya adalah kerana orang2 melayu di situ merasa terharu dengan wakil2 rakyat mereka yang membantu mereka tidak kira bangsa dan agama sehingga mereka terus tertarik menjadi ahli DAP dan menubuhkan cawangan DAP.
Cawangan Ahli Melayu DAP Kedua Ditubuhkan di Ampang Dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kebangsaan DAP
September 29th, 2009 by Teresa Press
27 September 2009 yang lepas adalah Majlis sambutan Hari Raya DAP kebangsaan. Kali ini, ia diadakan di kawasan Ampang dan dianjurkan oleh pasukan ahli Melayu di kawasan DUN Jenice Lee, ADUN DAP di Teratai.
Saya amat teruja terhadap pasukan pemuda Melayu ini, saya pernah bermesyuarat bersama dengan mereka pada minggu lepas, mereka amat komited untuk menjayakan majlis rumah terbuka ini sehingga mereka mengurangkan cuti Hari Raya di kampong mereka.
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan ADUN Teratai Jenice Lee menyambut kemasukan ahli Melayu baru di kawasan DUN Teratai. Cawangan ini dinamakan Cawangan Saga. Ia merupakan cawangan ahli Melayu yang kedua di Selangor
Menteri UMNO di Selangor, Dato Noh Omar pernah berkata bahawa orang Melayu yang masuk ke DAP tidak mengenang jasa. Ha ha, satu lagi kumpulan orang Melayu di Ampang yang tidak mengendahkan UMNO dan menyertai DAP.
Inilah gambar “Makcik” Roket di hadapan pintu kemasukan dewan orang ramai
Salah seorang penasihat SPRM, Tan Sri Robert Phang (orang yang ke-4 dari kiri) menghantar cek RM50,000 kepada Teoh Beng Hock Trust Fund kepada YB Ean Yong Hian Wah. Beliau pernah lantang mengkritik pegawai siasatan rasuah SPRM selepas Teoh Beng Hock mati dalam siasatan di Ibu Pejabat SPRM di Shah Alam.
Ramai wanita Melayu di Ampang menyertai majlis rumah terbuka DAP.
Saya amat terharu untuk melihat wanita Melayu ini meminta borang keahlian DAP sewaktu beliau masuk ke Majlis Hari Raya kami. He he, kalau Noh Omar lihat gambar ini, mungkin beliau akan sakit jantung
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor datang ke rumah terbuka Aidilfitri DAP bersama dengan isterinya Puan Sri Salbiah Tunut. Dari kanan ke kiri: YB Fong Kui Lun, YB Tunku Aziz, YAB Lim Guan Eng, Puan Sri Salbiah Tunut, Tan Sri Khalid, YB Lim Kit Siang, Dr Chen Man Hin, Saya, YB Ronnie Liu.
YB Dato’ Hasan Ali, exco PAS di Selangor (duduk di kerusi tengah di antara Kit Siang dan Lim Guan Eng) yang telah banyak “bertukar pandangan” melalui media dengan pemimpin DAP di Selangor juga datang menghadiri majlis rumah terbuka DAP. Beliau datang lewat disebabkan oleh hujan lebat dan kesesakan trafik di Ampang.
Dari kiri ke kanan: Saya, Exco PAS YB Iskandar, YB Tunku Aziz, YB Hatta Ramli, YAB Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang.
Sumber: http://loveperak.blogspot.com/
|