Dato Seri Zambry Abdul Kadir membanyangkan perjuangannya sama seperti perjuangan Mahatma Gandhi iaitu seorang tokoh yang ulung di dunia. Setahu saya, Gandhi tidak pernah menjadi menteri yang haram. Malah, Gandhi tidak pernah memegang jawatan menteri. Seluruh dunia tahu bahawa Gandhi tidak pernah gilakan kuasa. Gandhi merupakan seorang perintis nasionalisme yang berjuang untuk kemerdekaan India. Perjuanganya adalah semata-mata untuk membebaskan India daripada jajahan British. Zambry seharusnya berasa malu kerana menyamakan dirinya dengan Gandhi. Apakah persamaan diantara Zambry dengan Gandhi selain daripada nama mereka mengandungi 6 abjad.
Sungguh memalukan! Zambry seharusnya mengimbas kembali sejarah perjuangan Gandhi sebelum membuat kenyataan-kenyataan seperti ini. Gandhi seorang yang berani dan menentang British secara bermati-matian. Manakala Zambry seorang pengecut yang tidak berani menghadapi pilihanraya negeri. Takut kepada rakyat sendiri. Mana boleh sama?
Mahatma Gandhi berkorban untuk rakyat, Zambry pula menyusahkan seluruh rakyat negeri Perak. Mana boleh sama?
Zambry menggunakan ‘Plan B’ untuk membuang Speaker Dewan Negeri dengan muslihatnya. Gandhi pula dihormati oleh seluruh dunia sebagai ‘A’ gentleman. Mana boleh sama? Gandhi Hero dikalangan rakyatnya. Zambry Zero dikalangan rakyatnya. Mana Boleh sama?
Kata-kata Zambry itu menghina Mahatma Gandhi itu sendiri. Beliau seharusnya memohon maaf kerana menyamakan dirinya dengan seorang tokoh dunia yang unggul.
Jika Zambry ingin membela dirinya, beliau harus menyatakan dalam aspek manakah perjuangan beliau boleh disamakan dengan perjuangan Mahatma Gandhi.
Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Zambry Nak Jadi Gandhi
DAP Gerik, Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|