Rakyat Perak sudah tidak boleh sabar lagi. Mahkamah tidak boleh menyelesaikan masalah politik Perak. Kerajaan Perak sudah menjadi macam bola sepak. Setiap hari sesuatu yang baru berlaku. Rakyat keliru dan menderita. Kita perlu mencari penyelesaian politik. Ia tidak boleh diperolehi di mahkamah. Hanya rakyat berhak menentukan. Sejak 7 Mei, situasi menjadi bertambah buruk. Perak sudah menjadi bagaikan negeri polis. Kerajaan pula dilantun ke sana dan ke sini oleh Mahkamah. Akhirnya kita cangkul angin juga. Sampai bila rakyat akan bertahan. Rakyat sudah bersedia menghadapi pilihanraya.
Selagi Dewan Negeri tidak dibubarkan, kerajaan akan terus menjadi tidak berwibawa. Ia akan dipermainkan oleh semua pihak. Inilah padahnya selagi Dewan Undangan Negeri Perak tidak di bubarkan. Rakyat mahukan kerajaan yang berwibawa. Bukan sebuah kerajaan yang dirampas. Rakyat Perak tidak mahu krisis ini berterusan. Sudah tidak sanggup melihat kerajaan dilambung-lambung dan ditendang-tendang.
Kemelut ini perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Biar kita balik kepada amalan demokrasi yang tulen. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita balik kepada rakyat. Adakan pilihanraya negeri secepat yang mungkin. Rakyat boleh selesaikan masalah ini dalam satu hari. Selepas itu masing-masing bolehlah menumpukan perhatian dalam menghadapi kegawatan ekonomi. Pada masa ini, isu politik telah melampaui isu ekonomi di negeri Perak. Keadaan ini tidak menguntungkan rakyat sama sekali.
Kenapa pilihanraya dielakkan di Perak? Tentu ada sebab. Tetapi adakah sebab itu menguntungkan rakyat. Kenapa tidak berani kembali kepada rakyat? Tidak cukup sekadar berkata mempunyai sokongan padu daripada rakyat. Ia perlu dibuktikan. Bagaimana? Sudah tentu melalui pilihanraya. Kita harus bertanggungjawab kepada rakyat. Tunjukkan keikhlasan kita untuk menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa dan dipilih secara sah oleh rakyat.
Seluruh warga Perak merasakan krisis politik ini bagaikan kaca terhempas ke batu. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja untuk berpanjangan. Rakyat sudah lama menunggu untuk berita baik pembubaran DUN…………….moga-moga dalam sehari dua ini………….
Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Jangan Cangkul Angin Di Mahkamah, Bubarkan DUN
DAP Gerik, Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|