Manoharan Bakal Dibebaskan, UMNO-BN Sertai Penanti?

Kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, tiga pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) adalah antara 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dibebaskan dalam masa terdekat. Mereka adalah M. Manoharan, P. Uthayakumar dan K Vasantha Kumar.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu.

Blog Kelab GB sebelum ini menyatakan bahawa pilihanraya di Selangor tak mungkin dapat dielak jika UMNO BN terus tahan Manoharan, dan GB pernah menyatakan, keberangkalian harapan untuk UMNO BN menang di Kota Shah Alam menghampiri sifar.

Akhirnya terbukti Kerajaan UMNO BN akur dengan hal tersebut dan ramai penganalisis politik berpendapat berkemungkinan langkah itu juga di ambil sebagai petanda bahawa UMNO BN bersedia untuk turun ke gelanggang Penanti. UMNO BN masih berlengah-lengah untuk membuat keputusan samada perlu bertanding atau pun tidak dimana tarikh pengumuma keputusannya itu kerap berubah-ubah.

Sekalipun UMNO BN berharap dengan pembebasan Hindraf itu akan memulihkan sokongan kaum India terhadap partinya, namun ramai penganalisis politik berpendapat damage has been done. Tidak mungkin masyarakat kaum India mampu untuk memafkan UMNO BN lagi.

Malah pembebasan itu adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat yang bukan sahaja mahu kerajaan membebaskan saki-baki tahanan ISA, malah meminta supaya ISA itu dihapuskan terus lantaran terbukti sentiasa disalahgunakan oleh kerajaan. Semetelah lagi sebelum ini menteri berkenaan pernah menyatakan dengan angkuh kononnya beliau tidak pernah tunduk dengan ugutan.

Kini UMNO BN berharapan agar mereka mampu mencipta kemenangan di Penanti jika "terpaksa" masuk bertanding, dipaksa oleh mereka yang tidak berpuashati dengan sikap Najib yang sudah mula kalut dan kecut akibat ditimpa kekalahan demi kekelahan di dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjung.

Tetapi UMNO BN jangan mudah mengharapkan kemenangan di Penanti. Isu krisis politik Perak yang mencatatkan detik hitam di dalam sejarah demokrasi negara pada hari semalam sudah pasti akan dibawa ke Penanti.

UMNO BN yang kini sudah menjadi OKU akan ditelanjangkan secukup-cukupnya sekalipun mereka akan dibantu oleh 3M (money, media dan machinery) kerana arus tsunami politik yang melanda tanahair sejak pilihanraya umum 2008 belum reda dan setiap yang menentang arus itu pastinya akan dihanyutkan ke lembah kegagalan dan kehancuran.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com