Habis dah, dah habis....

Bila saya lihat apa yang berlaku didalam Dewan Undangan Negeri Perak, dengan kekejaman pihak Polis terhadap wakil-wakil rakyat yang dipilih, saya nyatakan kepada diri saya: "Habis dah, dah habis.....Najib sudah habis, beliau tidak boleh memimpin, beliau tidak tahu memimpin, beliau bebal dari segi demokrasi dan beliau tidak layak menjadi pemimpin Negara ini."

Adakah UMNO/BN merasakan bahawa dengan perbuatan kejam di dalam dan di luar DUN Perak ini, akan habis disitu saja?

Adakah mereka fikir bahawa selepas ini BN haram itu akan memeritah Perak dengan aman? Adakah UMNO//BN fikir bahawa rakyat Malaysia tidak dapat lihat dan tidak dapat menilai apa yang dilakukan oleh UMNO/BN?

Tidak ada rakyat yang bersetuju dengan tindakan UMNO/BN, bahkan tindakan mereka adalah perbuatan Fasis yang menzalimi rakyat.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Negara ini Polis boleh memasuki Dewan Undangan Negeri dan mengkasari wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, tidak pernah berlaku didalam sejarah Negara ini bahawa sesiapa berpakaian hitam ditangkap tanpa kesalahan, dan tidak berlaku didalam sejarah bahawa orang-orang mahui minum pagi di kedai kegemaran mereka selama ini boleh ditangkap.

Saya ingin menyatakan bahawa penangkapan ini adalah bacul, dan menandakan bahawa UMNO sudah menghetung hari sebelum ditumpil keluar oleh rakyat!

Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/