Takut Perpecahan Ke Takut Kekalahan, Nazri?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.
Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecahbelahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Agung Cawangan Cawangan Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

(Sumber: star online)

pendikar gunung kriang:


Apa, Nazri kata pilihanraya baru akan menyebabkan rakyat berpecah belah? Eh, kalau sudah tau pilihanraya akan menyebabkan rakyat berpecah belah mengapa sejak merdeka Kerajaan BN (dulu Perikatan) sudah langsungkan 12 siri pilihanraya umum? Kemudian pilihanraya pula jarang-jarang sangat diadakan dalam tempoh 5 tahun. Kebanyakan pilihanraya umum diadakan 4 tahun sekali, malah ada juga yang diadakan belum genap 4 tahun dari pilihanraya sebelumnya!
Mengapa ketika BN kuat mereka tidak katakan pilihanraya memecah belahkan rakyat dan justru gantungkan saja proses pilihanraya? Jawapannya kerana ketika itu BN rasa dirinya kuat, sebab itu 3-4 tahun lepas pilihanraya sebelumnya BN sudah panggil pilihanraya baru untuk dapatkan mandat baru, kerana mereka yakin, mereka pasti menang.

Tapi kini BN dalam kedudukan yang sangat lemah. Mereka tiada keyakinan langsung untuk menang jika ada pilihanraya baru. Dulu mereka ajak orang bertumbuk, kini BN pula yang mencari seribu alasan untuk mengelakkan pertemuan dengan PR. Mereka takut malu besar sekali lagi selepas dibelasah 4-1 oleh PR dalam 5 siri pilihanraya kecil tahun ini dan tahun lepas.

Apa yang Nazri katakan mengenai perpecahan rakyat itu adalah alasan tidak masuk akal dan cuma lawak bodoh bagi membuktikan betapa takutnya mereka kepada suara rakyat.

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/