Jom jalan-jalan di Ipoh


Satu pesta makan-makan akan diadakan di Ipoh. Seluruh rakyat Perak dijemput untuk hadir pada hari tersebut. jangan lupa!!

Makan pagi…cari sendiri. Atau pun bawa bekal dari rumah kerana majlis perasmian akan dilakukan berdekatan dengan Bangunan SUK. Selepas bacaan doa selamat…majlis mungkin akan dilancarkan dengan tembakan 21 das gas pemedih mata.

Oopps!! jangan lupa bawa tuala kecil..sapu tangan atau apa saja jenis kain untuk menutup mata dan hidung. Dan jangan lupa bawa garam dan air mineral! ha..ha..ha. Bukan nak pergi jumpa bomoh…sebab bomoh dah ada kat SUK.

Untuk mengelakkan kesesakan…pengunjung-pengunjung diminta datang lebih awal. Boleh tumpang tidur kat masjid-masjid, kuil-kuil atau tokong-tokong. Padang kat taman DR pun boleh digunakan.

Hotel-hotel berlambak di Ipoh..tapi jaga-jaga kalau tidur dihotel sepanjang Jalan Yang Kalsom..silap-silap tak bangun pagi.

Tak payah mandi pagi…tapi jangan lupa gosok gigi. Satu majlis bersiram akan diadakan mungkin lebih kurang jam 9 pagi.

Bila dah segar..baru ada selera nak makan. Nak makan nasi kandar…boleh pergi kat Nazmeer…nak sedap lagi boleh pergi kat ‘Wainge’…kat jalan Yang Kalsom. Tapi lepas makan …blah. Jangan gatai naik tingkat atas.

Kalau lapar sangat…boleh makan kat Kluang Gate Cafe…cuma kena jaga kot-kot ada pegawai SPRM letak duit macam yang berlaku kat Osman Jailu. Nasi kandar ada kat bawah pejabat DAP. Keduaa-duanya terdapat di Medan Istana…berhadapan dengan bangunan SUK.

Nasi Lemak Ayam Kampong pun ada kat jalan Yang Kalsom. Cuma aku tak tau buka pukul berapa.

Kalau nak makan nasi ayam…boleh pergi makan kat Nasi Ayam Bazar Bulat ataupun kat Restoran mee Rebus Ramli. Harga istimewa pada 7 Mei 2009…hari Khamis.

Tapi jangan lupa!!! Diskaun hanya diberikan kepada mereka yang berpakaian hitam!!!!

Dan untuk kenang-kenangan…bawa kamera atau videocam!

http://perakexpress.com