Pada 26 Mei 2009, satu ceramah perdana telah dianjurkan di Kubang Ulu, Penanti bagi menerangkan isu-isu semasa kepada orang tempatan. Antara penceramah-penceramah utama ialah YB Tian Chua, YB V.Sivakumar dan YB Mahfuz Omar. Lebih daripada 3000 orang telah hadir untuk mendengar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya, YB V.Sivakumar menerangkan bagaimanakah konspirasi dilakukan dalam percubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau juga menerangkan kenapa perlantikan Speaker Dewan Negeri Perak yang baru tidak sah. Menurutnya, perlucutan beliau dan perlantikan Speaker baru adalah tidak sahih kerana ianya dilakukan dalam 'sub-dewan' di satu penjuru Dewan Undangan Negeri. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara komenwel. Tambahnya lagi, undang-undang tidak membenarkan Timbalan Speaker untuk mengambil alih tugas Speaker sekiranya Speaker masih berada dalam dewan itu. Tiada siapa boleh mempengerusikan dewan selagi Speaker masih duduk di kerusinya.
Oleh yang demikian, tidak berlaku perlucutan jawatan speaker dan perlantikan baru pada 7 Mei 2009. Di samping itu, beliau juga menerangkan bahawa usul perlucutan dan perlantikan speaker telah pun ditolak oleh beliau di kamarnya pada 6 Mei 2009, iaitu sehari sebelum tarikh persidangan.
Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Ceramah Perdana Di Kubang Ulu, Penanti
DAP Gerik, Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)

|