Orang yang faham politik, tak kira dari Bandar atau Kampong, mereka kini bertambah benci kepada UMNO setelah apa yang belaku di Perak.
Yang buta politik masih bersama UMNO. Yang buta politik ni langsung tak tahu makna demokrasi dan amalan demokrasi, mereka itu adalah pecinta Fasisme. Kalau diletakkan pemimpin-pemimpin seperti Hitler atau Mussolini didepan mereka, mereka akan menerima Fasis-Fasis itu sebagai wira mereka.
Mereka lebih suka kepada Imperialis Amerika berbanding Saddam Hussein. Mereka lebih meminati Menehim Begin berbanding Yasser Arafat, dan mereka lebih menyayangi Fattah dari Hamas.
Maka tidak hairanlah jika mereka memilih Mahathir-Najib dari Anwar-Hj Hadi-Nik Aziz-Lim Guan Eng. Apa juga yang berbentuk anti demokrasi dan apa juga yang berbentuk Fasis itulah pilihan mereka.
Tetapi malangnya bagi mereka, rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina, India sudah benci dan meluat kepada pemerintahan berbentuk Fasis di Malaysia ini.
Rakyat sudah pilih perjuangan keadilan dan mereka memandang Najib dengan sebelah mata, semacam sampah yang tidak ada harga lagi.
Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Benci dan meluat...
DAP Gerik, Thursday, May 7, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)

|