Baru sebentar tadi saya menyaksikan siaran berita jam 1.00 tengahari NTV7 - Edisi 7. Dalam siaran berita itu NTV7 membuat tinjauan SMS sama ada Gerakan berpeluang untuk merampas semula Pulau Pinang dari tangan PR. Jawapan SMS yang diterima dari penonton menunjukkan 96% tidak yakin Gerakan akan berkuasa semula di negeri kelahiran saya itu, manakala cuma 4% yang berkata sebaliknya.
Walaupun tinjauan rambang NTV7 itu tidak menggambarkan suara hati keseluruhan pengundi Pulau Pinang, tapi saya yakin itulah gambaran umum masyarakat yang sudah hilang kepercayaan kepada BN. Sudah 50 tahun mereka menipu rakyat Pulau Pinang dan rakyat tidak akan membiarkan tangan kotor yang sama menguasai pejabat Ketua Menteri sekali lagi. Walaupun BN cuba berlagak kelihatan lebih telus dan jujur serta berpura-pura menjadi juara rakyat, tapi dosa-dosa selama setengah abad mereka sukar dimaafkan rakyat.
~ pendikar gunung kriang
Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Tinjaun: 96% Tidak Yakin BN Menguasai Semula Pulau Pinang
DAP Gerik, Monday, February 22, 2010
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|