DS Nizar kemalangan-keadaan tidak membimbangkan

IPOH,7 Januari- DS Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin telah meminta Sdr Basher Ahmad untuk pergi ke Hospital Ipoh untuk melihat perkembangan DS Nizar.

Pusat Khidmat AP dfahamkan DS. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.

Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalami cedera ringan di bahagian kaki.

Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

Menurut Sdr Bahesr Ahmad AJK Pas Bukit Gantang yang juga Pegawai Khas DS Nizar,DS Nizar hanya cedera ringan dan dikatakan tekanan darah agak tinggi.

Ustaz Nordin mengharapkan masyarakat Bukit Gantang terus mendoakan kesejateraan dan kesihatan yang baik kehadrat Allah s.w.t,supaya DS Nizar terus berjuang menegakkan keadilan dan kebajikan.






Adik kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin






Sumber gambar: http://perakexpress.com/www/