Pegawai Daerah Kantoi..!!Pimpinan Umno Lepasss...

Hamidah Osman ADUN Sg Rapat,bagi respon tentang laporan ADUN Teja mengenai penyelewengan Umno Bahagian Gopeng dalam projek RPT Sg Itek kepada SPRM tempoh hari bahawa segala yang berlaku mengenai "Kuota Umno Bahagian"dan "Kuota Ketua Kampung" adalah inisiatif yang diambil sendiri oleh pegawai daerah dan tidak melibatkan kerajaan negeri.

Malang la nasib si Pegawai Daerah yang selama ini menjadi bahan kerakusan Umno Bahagian,tetapi apabila tembelang dah meletup,maka sang pegawai pulak yang menjadi tempat menunding jadi pimpinan Umno.

Wa pasti sekiranya tiada desakan dan arahan dari pihak atasan dan orang berkepentingan sudah pasti pegawai daerah pun tak akan menjerat tengkuknya sendiri,kecualilah beliau seorang pegawai daerah yang "Bangang" serta menjadi barua kepada pimimpin "Hidup Melayu".

SPRM jangan tunggu lagi..kenyataan ADUN Sg Rapat,YB Hamidah telah memberikan suatu maklumat yang berharga kepada sprm,siapa sebenarnya dalang dalam isu RPT ini.Tangkap dan soalsiasat segera Pegawai Daerah,sudah pasti akan berlakulah suatu "Letupan"yang menggegarkan negeri perak ini.

Sang Pegawai Daerah apa lu nak tunggu lagi..kasi bongkar segala penyelewengan yang berlaku,atau kalau tidak...lu yang akan kantoi!!


Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/