Senario yang berlaku dalam MCA semakin panas. Sekarang sudah berlaku perlawanan tarik tali antara Chua dan Liow.
Yeah.. ho yeah.... aku masih Timbalan Presiden yang sah!! Begitulah agaknya kata Chua Soi Lek. Jawatan itu milik aku semula.
No.. no... no... !! Mana boleh,... saya Timbalan Presiden. Bukan itu orang, yang sudah kena pecat dan kena gantung!! Ini mana boleh?? . Agaknya itu pulak ler kata si Liow. Berbulu dia weh! Woi... Liow... Malaysia Boleh!!! So, semuanya boleh berlaku.
Yang lebih mengejutkan adalah apabila Chua dan Ong yang dulunya bermusuh, tup-tup buat pakatan. Inilah agaknya pelan damai yang dinanti-nantikan oleh semua pihak. Dulu lawan, sekarang kawan. Ini sudah menjadi budaya dalam BN, baik dalam UMNO mau pun MCA.
Semuanya opportunis belaka. Gara-gara merebut jawatan dan kuasa, tikam-menikam kawan dari belakang, sudah menjadi permainan mereka. Kau tikam aku.... aku tikam kau!! Inilah yang berlaku dalam MCA.
Mula-mula, Ong dan koncu-koncunya tikam Chua. Chua terlondeh dan tergolek. Ong buat pakatan pulak dengan Liow. Lepas tu Liow dan koncu-koncunya pulak buat pakatan untuk menikam Ong. Ong dapat membaca strategi mereka. Bergaduh pulak Ong dan koncu-koncu Liow. Tup-tup... ROS kata Chua masih Timbalan Presiden MCA yang sah.
What?? This cannot be happening.... Terkejut badak si Liow dan koncu-koncunya. Spoil rancangan betul!!!Oleh sebab, Chua dan Ong dah bersetuju untuk mengadakan pelan damai, maka Ong dan Chua merebut peluang ini untuk menjatuhkan pula fraksi yang ketiga dalam MCA, yang diketuai oleh Liow. Yam Seng!!!
Sebelum CC MCA bermesuarat, Ong buat kejutan. Dia bertindak memecat 4 orang kuat Liow daripada CC MCA... si Chor Chee Hueng, Chai Kim Sen, Yoo Wei How dan Gan Hon Su. Woi... apa sudah jadi. Mana boleh ini macam??
Kenapa pulak tarak boleh?? Ini strategi untuk berpaut pada kuasa. Kuasa penting ma.... Sekarang kita tengok... lu pandai atau gua pandai??
Malang sungguh nasib komer. Udah ditendangnya demer keluar, dia lantik pulak koncu-koncu dia dan Chua Soi Lek iaitu Tan Chin Meng, Chua Tee Yong dan Datuk Donald Lim and not forgetting, sorang lagi iaitu Senator Heng Seai Kie, dilantik pula menggantikan Lee Wee Kiat, salah seorang lagi penyokong Liow sebagai Ketua Penerangan MCA.
Ini adalah tindakan untuk mengukuhkan kedudukan ONG-CHUA. Dan... hari ini juga, TPM Satu Malaysia, mengatakan yang BN akur dan sedia terima Chua sebagai Timbalan Presiden MCA. Lagi tersentak ler si Liow. Konspirasi nak menjatuhkan Ong Tee Keat tak menjadi. So, apakah yang akan terjadi?? Apakah mereka akan tersungkur atau ada contigency strategy??
Pakatan ONG-CHUA telah membuat Liow Tiong Lai dan fraksinya ternganga dan terpinga-pingga, tapi masih boleh berkata-kata dan nasib baik ler depa tak gila. Tetapi, yang pasti... buat mereka pening kepala dan kalau ada sakit jantung, mungkin putus nyawa!! Nasib baiklah tidak sampai begitu jadinya. Kalau tidak, haru dibuatnya...
Ha... ha... ha... Niat di hati nak rebut kuasa tapi terkecewa kerana Ong dan Chua lagi bergeliga. Tengok... kedua-duanya sudah boleh tersenyum lebar sampai ke telinga. Ceghodek komer...
Setakat ini, kemelut MCA menyaksikan kemenangan berpihak kepada pakatan ONG-CHUA. Inilah episod hebat opera yang dimainkan oleh MCA. Kalau buat drama Tionghua, pasti hit punyer!!! Box-Office babe....
Kepada semua sumber gambar: Thank You
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
|