Melalui artikel yang telah dipublishkan disini dan sini. Naruto mendapat satu luahan hati seorang pengkomen yang menceritakan kisah kawan dia semasa membuang undi pos. Melihat pada ceritanya memang tak dinafikan perkara sebegitu boleh dan pernah berlaku. Sememangnya pengundi pembangkang selalu dianaktirikan tak kira orang awam mahupun pegawai polis dan tentera.
Tahu tak...? dahulu undi pos ni digunakan untuk anggota polis dan askar yang bertugas semasa darurat. Dulu kan negara kita ni tak aman. Peristiwa 13mei lah, Kominis lah dan macam-macam lagi.Tetapi sekarang bukankah pemimpin UMNO sendiri selalu melaungkan negara ini aman dan sentosa sentiasa..? Jadi kenapa nak mengekalkan undi pos lagi sedangkan para anggota polis dan tentera sekarang takde pun yang kena bertugas seperti darurat dulu. Malah kalau kita lihat siap boleh bersukan lagi. Lihat senangnya polis dan tentera di balai dan berek bersukan dan beriadah setiap petang. Atas dasar apa undi pos ini perlu diteruskan.
Adakah negara kita ini masih lagi berada dalam keaadan tidak aman..? Adakah kita di zaman darurat lagi. Berapa ramai pula anggota kita polis dan tentera kita terpaksa bertugas mengamankan negara. Ini bukan soal PRK Bagan Pinang. Tetapi setiap PRK dan PRU akan datang perlulah dimansuhkan undi pos ini. Sekarang Zaman dah maju dan moden. Nak pergi mengundi pun bukan lama.
Ni Buktinya negara kita aman damai.! Pakai Evo tu, lagi cepat pergi mengundi kan..!
Ok laaa...ni cerita sebenar kawan saya seorang bekas polis pasal undi pos ni...
Ok lah itu cerita pasal askar... ha.... ni aku nak pecah lubang pasal bapak polisi. Pengalaman aku semasa dalam kantor polisi. Sebanyak 2 kali mengundi cara pos. Memang kartun la,dan tak akan lupa sampai bila-bila.Semasa hari mengundi, semua dikehendaki hadir ke balai pada jam 8pagi.Masuk bilik taklimat ambik nama dan sign buku.Mula--mula OCPD beri briefing pasal undi la.Bukan main lagi berapi-api dia berucap.. !
" kamu semua mesti ingat mengikut peraturan SPR no sekian-sekian undi adalah rahsia dan anda bebas nak memilih mana-mana parti sebab negara kita dibawah perlembagaan demokrasi berparlimen". dah siap cakap berapi-api menghala ke penghujung ucapan,slow je OCPD cakap "parti yg membayar gaji kita sekarang ni siapa?? boleh dia tanya gitu..! benggong sungguh lah OCPD ni dah tentu lah UBN jadi kamu semua kena faham-faham sajelah.
Selepas tu,kita orang pun di serahkan kertas mengundi. Maka bermula lah upacara mengundi beramai-ramai, ok la tak ada langsung pula tu pemerhati dari parti lawan,betul-betul macam pasar malam isi borang peraduan teka bola macam tu lah sebijik. Masa nak pangkah tu marilah Sarjan, Inspector dan lain-lain bisik kat kita. Diugutnya siapa yang nak kena tukar boleh lah undi parti lawan. Aku memang kaki lawan. Siap boleh bisik-bisik kat member kau pangkah apa??? apa lagi aku pun undi lah bulan .
Bila dah pangkah masukkan dlm peti ( peti apa .? Cuma kotak kertas jer...! ) Sepertimana aku dah jangka, petang tu juga aku dipanggil oleh OCPD. Katanya URGENT ke balai,alamak apa hal pulak ni?? Sampai di balai terdapat 3 orang bersama aku kena jumpa OCPD sorang-Sorang. Tanya masing-masing tak tahu.Tiba lah giliran aku dipanggil oleh Sarjan masuk ke dlam opis OCPD. Tak sempat aku nak duduk dia dah maki aku.Dia menjerit sekuat hati. "Hoi..!kau nak mampos ker.?". Aku dah tak kisah sebab dah lali dengan maki hamun ni aku pun jawap." Apa ni tuan tiba-tiba je maki saya.?"Kata OCPD," Sekarang ni aku mintak kau pangkah satu lagi kat kertas undi".( tujuan nak jadikan rosak lah). Aku pun jawap." Maaf tuan ini adalah tanggungjawab saya ikut saya nak pangkah parti mana, Tuan tak ada hak nak sekat saya. Saya hanya boleh pangkah sekali saja". OCPD membentak lagi."Jadi kau tak mau dengar arahan aku yer?" Jawab aku,
"Bukan gitu tuan,tuan dah salah faham ni". Langsung dia suruh aku keluar dengan muka merah menyala.
Persoalannya macamana dia tahu aku pangkah bulan? .rupa-rupanya pecah lubang macai-macai ni buka peti kira undi konon, sambil tu dia cek dalam kertas ada nombor. Jadi dia tahu lah siapa yang pangkah tu. Selepas sebulan pilihanraya, sekali lagi betul jangkaan aku semua yang pangkah bulan dapat surat cinta. Semua ditukar serta merta ke kawasan pendalaman tempat jin bertendang. Alhamdulillah..! aku kena kat hulu kemaman berkawan lah dgn orang-orang asli dan set-set indon kat ladang. Aku rasa bersyukur sebab takde ganguan langsung. Cuma yg sedih tu ialah sebulan sekali baru dapat keluar bandar. ok la setakat ini dulu cerita aku.
Tamat.
Terima Kasih lah kepada takde nama tu. Cerita anda memberikan maklumat yang bagus untuk dikongsi bersama. Harap banyak lagi anggota polis dan tentera seberani anda. Kadang-kadang orang tak bernama ni bagus juga memberikan komentar dan boleh dijadikan rujukan. Cuma ada sesetengah orang tanpa nama di Blog Era Pasca ni saja yang bukan membina pun komen dia. Politik dia tak kenal yang mana perkara bijak dan yang mana perkara bodoh. Bulan puasa ke tak puasa ke kerja sesetengah orang takde nama dalam blog ni maki-hamun je. Askar upahan pengecut UMNO le tu. UMNO parti Islam..? kah kah kah.! Khak Thuih..!
Sumber: http://bagindareformasi.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Undi Pos..Pengalaman Seorang Polis..!
DAP Gerik, Saturday, September 12, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|