Umno dan lembu adalah dua species yang tak dapat dipisahkan. Malah, semasa Perhimpuan Agung Umno tahun 2005 dahulu, Najib mengakui kewujudan lembu didalam Umno dan sesama Pak Lah menggulung perbahasan perhimpunan itu, ia secara berseloroh bertanya samada lembu itu sudah disembelih atau tidak.
Malah, perkaitan Umno dan lembu tidak terhenti setakat itu sahaja. Peristiwa lembu mengamuk semasa program korban yang dianjurkan oleh Annuar Musa di Kelantan juga menunjukkan hubungan antara parti dan haiwan ini.
Begitu juga dengan kejadian puteri Umno dikejar lembu (lihat gambar di bawah).
Jadi, tidak hairanlah jikalau juak-juak Umno membuat onar dengan mengusung kepala lembu dan berarak ke Bangunan SUK Selangor di dalam isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di SS19 Shah Alam ke SS23 itu.
Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/
|