Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan menganjurkan Rumah Terbuka Nasional sempena sambutan Aidilfitri pada 27hb September ini. Acara hari terbuka ini akan berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga jam 2 petang di Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Selangor
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut menghadiri acara tersebut.
Pihak penganjur akan menyediakan pelbagai hidangan tradisional Melayu di samping mengadakan persembahan silat, nasyid dan kompang.
DAP menjemput semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan pemikiran politik, untuk menghadiri Ruman Terbuka Aidilfitri ini.
Sumber: http://loveperak.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran DAP
DAP Gerik, Saturday, September 26, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|