Akaun bank kontraktor Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd, dibekukan polis bagi membantu siasatan penyelewengan.
Akaun-akaun bank yang dipercayai mempunyai sejumlah RM140 juta itu dibekukan semalam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Faizal Abdullah mengesahkan oerkara tersebut, dan menambah pihaknya akan mendapatkan khidmat guaman untuk melihat semula kewajaran pembekuan ini.
Kuala Dimensi, dan pemegang saham utama syarikat itu, Tiong King Sing, yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong BN, menerjah di dada akhbar selepas laporan audit PriceWaterhouseCoopers mendedahkan peranan Kuala Dimensi dalam kegagalan PKFZ.
Kuala Dimensi dituduh mengenakan bayaran melampau kepada Lembaga Pelabuhan Klang menyebabkan projek itu dibebani lonjakan kos dan hutang yang tinggi.
Ketua Polis Negara Musa Hassan mengesahkan pembekuan akaun Kuala Dimensi namun enggan mengulas lanjut.
Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat dipanggil dan disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam dan hari ini juga berhubung isu PKFZ.
Ong juga bertemu Perdana Menteri Najib Abdul Razak selama satu jam hari ini untuk menerangkan siasatan keatas projek itu.
Sumber: http://www.tvantara.com/v1/
Browse » Laman Utama
Polis Beku Akaun Bank Kuala Dimensi
DAP Gerik, Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|