Syarikat judi terus buat Special Draw menjelang PRK Permatang Pasir

Jikalau sebelum ini, saya ada menulis mengenai tiga syarikat judi ramalan nombor ekor gergasi di negara ini iaitu Magnum4d, Sport Toto & Pan Malaysian 1 + 3d (Da Ma Cai) membuat special draw atau cabutan khas menjelang dan pada hari pengundian di Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai dabulu. Kini, aktiviti tersebut masih lagi berterusan.

Untuk bulan Ogos, tiga kali selasa telah diadakan cabutan khas iaitu pada 4, 11 dan 18 Ogos. Namum begitu, saya tidak tahu samada mereka akan membuat cabutan khas sekali lagi pada hari PRK Permatang Pasir sama seperti PRK di Manik Urai dulu.

Hari selasa adalah hari cabutan khas dan hari-hari rabu, sabtu dan ahad adalah hari cabutan biasa. Perkara cabutan khas ini juga akan diumumkan semasa syarikat-syarikat itu mengumumkan keputusan cabutan mereka pada hari itu.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya, kenapa menjelang PRK di Manik Urai dan Permatang Pasir ini, syarikat-syarikat ini akan membuat cabutan khas?

Cabutan khas perlulah mendapat kebenaran Kementerian Kewangan dan tidak boleh diadakan sesuka hati. Sama seperti jikalau pasaraya-pasaraya yang ingin membuat jualan mega atau sales. Mereka juga perlu kebenaran dari kementerian yang berkaitan.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/