Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.
SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.
"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.
Bai: Mungkinkah BN kantoi lagi? Kita tunggu selasa ini..atau adakah SPR yang menjadi satu-satunya cawangan Umno yang dilihat dapat mengelakkan jatuhnya sekali lagi "Kemaluan Umno" sekiranya PRK diadakan,sudah tentu SPR akan melakukan suatu "Magic" dalam keputusannya selasa ini.Kita Tunggu dan Lihat....
Browse » Laman Utama
Hanya 495 Undi...BN Mungkin Kantoi lagi? SPR akan lakukan "Magic" selasa ini.
DAP Gerik, Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|