Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima. dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.
Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..
Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.
Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.
Sementara itu, rmai pegawai polis dan petugas media memakai penutup hidung dan mulut. Penyokong PAS memakainya yang memaparkan tulisan ‘PAS untuk semua”.
Pegawai kementerian kesihatan mengedarkan secara percuma penutup hidung dan mulut itu kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat penamaan calon itu.
Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.
Beliau tiga di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tetapi tidak menyerang borang pencalonan.
Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit. malaysiakini
11.40 pagi: Rombongan penyokong BN dan PAS meninggalkan IBKN.
11.30 pagi: SPR sahkan status calon - dua bertanding - BN diwakili Rohaizat Othman dan PAS, Salleh Man.
11.30- Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.
10.55 pagi Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan
10.55 pagi Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.
10.30 pagi: Wakil parti bertanding - BN dan PAS - dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN - di Jalan Berapit. Mereka hanya dibenarkan hadir dalam kumpulan yang setiapnya hanya lima orang.
10.20 pagi: Kamarul Ramizu Idris pula berkata, beliau tidak sempat menyerahkan borang penamaan calon walaupun telah berjaya memasuki dewan penamaan calon. Katanya, beliau ke tandas dulu sebelum ke kaunter serah borang.
10.10 pagi: Hanya dua calon - BN dan PAS menyerahkan borang. Kamarul Ramizu Idris yang hadir untuk serah borang mengubah fikiran dan tidak mengemukakan borang penamaan calon, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya mengumumkan sesi kemuka borang penamaan calon berakhir. Sesi bantahan bermula, berlangsung selama sejam.
9.51 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob ketika ditemui mStar Online berkata, jumlah kehadiran penyokong iringan dianggarkan dalam lingkungan 8,000 orang melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan. Lebih rendah daripada anggaran pihaknya.
9.50 pagi: Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di IKBN.
9.45 pagi: Musryidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di perkarangan IKBN.
9.30 pagi: Setakat ini dua calon - BN dan PAS yang dilihat telah memasuki dewan penamaan calon di IBKN.
9.15 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di IBKN.
9.05 pagi: Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi kembali ke khemah khas untuk BN.
Sementara itu, Calon PAS, Salleh Man dibawa masuk ke dewan penamaan calon.
9.01 pagi: Dengan diiringi Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan peguam Umno, calon BN Rohaizat Othman dibawa masuk ke dewan penamaan calon.
9 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya umumkan sesi kemukakan borang penamaan calon bermula. Berlangsung selama sejam.
8.49 pagi: Calon BN, Rohaizat Othman memasuki kawasan IBKN dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
8.40 pagi: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di IBKN.
8.35 pagi: Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon mereka, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.
8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.
8 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.
7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.
7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.
7.30 pagi:Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN.
7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.
Sumber: http://www.detikdaily.net/v5/
Browse » Laman Utama
BN-PAS bertempur di Permatang Pasir
DAP Gerik, Sunday, August 16, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|