Menurut laporan blog Kedahlenie, para pemimpin DAP Kedah tidak patut membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana penjelasan telah dibuat berkaitan dengan perobohan rumah penyembelihan babi di Mergong itu.
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.
"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.
Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.
Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.
Semalam, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.
MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.
"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.
Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.
Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.
Persoalan kini ialah:
1) Sewaktu tindakan perobohan hendak dilakukan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), pemimpin DAP Negeri termasuk Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su turut berada ditempat kejadian dan merayu agar tindakan tersebut ditangguhkan kerana mereka masih di dalam usaha untuk mencari tapak baru.
Mengapa tiada belas ikhsan dan tiada rasa simpati pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan rayuan dan bantahan itu?
2) Sekalipun DAP Negeri telah mengnhantar surat untuk memhon tempoh sebulan dan tempoh itu berakhir, apakah kerajaan negeri perlu bertindak dengan membelakangkan konsep mesyuwarah dengan menjadi robot yang tepat pada waktunya kita melaksanakan tugas merobohkan premis berkenaan tanpa terlebih dahulu bertanya dan mempertimbangkan masalah-masalah yang mungkin mereka hadapi untuk mencari tapak baru?
3) Tindakan perobohan premis berkenaan tidak ubah seperti tindakan kerajaan UMNO BN di beberapa negeri seperti Selangor dan Terengganu yang kemudiannya mengakibatkan ledakan kemarahan rakyat yang menolak tindakan kerajaan negeri berkenaan. Apakah kerajaan Kedah tidak pernah belajar dari rentetan peristiwa berkenaan?
4) Bangunan tersebut boleh sahaja digunakan untuk tujuan lain setelah ianya disamak (dibersihkan) dan diubahsuai. Ia tidak perlu dirobohkan kerana pembinaannya sepastinya telah megeluarkan belanja yang banyak oleh pemiliknya. Jika Kerajaan Negeri Kedah tidak mahu menggunakan bangunan tersebut, pihak DAP dan masyarakat bukan Islam boleh diminta untuk menggunakan premis berkenaan untuk tujuan yang lain selain menjadi pusat penyembelihan khinzir dan sekali lagi kita tegaskan TINDAKAN PEROBOHAN itu amat TIDAK DIPERLUKAN.
5) Di dalam sejarah, belum berlaku tindakan merobohkan bangunan secara zalim dilakukan oleh Rasulullah. Malah di zaman Nabi Ibrahim sekalipun, sewaktu Kaabah dijadikan pusat menyembah berhala oleh golongan musyrik, Kaabah tidak dirobohkan sebaliknya hanya patung-patung dibersihkan darinya.
6) Lagipun menurut SU Akhbar MB, Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.
"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.
Mengapa tidak boleh menunggu sehingga rancangan berkenaan benar-benar telah dapat dijayakan dan mengapa tiada kesabaran di dalam melakukan tindakan sehingga sanggup mengorbankan kesetikawanan dengan bertegas di dalam keadaan dimana kita masih boleh bertimbang-rasa? Apakah tempoh sebulan yang diberikan itu adalah "tempoh mati" yang tidak boleh dianjak semata-mata kita berkuasa?
Apakah tempoh sebulan memadai untuk mendapatkan tapak baru? Di mana letak akal budi pemimpin kerajaan negeri kedah di dalam soal ini?
Sukar untuk menjalin kesetiakawanan yang telah dibina dan dipupuk sejak zaman Almarhum Ustadz Fadzil Mohd Noor, tetapi mudah untuk dimusnahkan oleh pemimpin PAS kini.
Dan yang utama mengapa memberikan manek-manek kemenangan kepada UMNO BN dengan menghadiahkan kepada mereka isu-isu yang boleh dijadikan modal kepada mereka untuk menghentam PAS di saat kita sedang menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai?
Sumber: http://greenboc.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
TINDAKAN KERAJAAN KEDAH - KEANGKUHAN YANG TIDAK PERLU
DAP Gerik, Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|