Sah !! Suruhanjaya Khas Diraja Dibentuk Siasat Kematian Teoh!

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Keputusan rasmi kabinet itu akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya jam 4 petang ini.

Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Cabinet approves royal commission

The government today agreed to form a royal commission of inquiry to look into the sudden death of political aide Teoh Beng Hock while under the watch of the Malaysian Anti-Corruption Commission last Thursday.

Sumber: http://loveperak.blogspot.com/