Semalam Menteri Pelajaran telahpun memutuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematika (PPSMI) akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012. Bermakna ianya akan terhapus 3 tahun dari sekarang. Saya ucapkan "sedikit" terima kasih kepada pihak yang berkenaan, saya tak tahu tujuan pemansuhannya mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Tapi yang pentingnya ialah, dasar yang gila itu akan dimansuhkan.
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada golongan yang bertungkus lumus memperjuangkan pemansuhan PPSMI sebelum ini, tak kira daripada orang bawahan hinggalah ke peringkat berjawatan. Perjuangan kita telahpun membuahkan sedikit hasil. Pemerintah telahpun membuka sedikit mata setelah 6 tahun menutup mata tentang kepincangan dan kelemahan PPSMI, dan juga penderitaan yang dialami hampir keseluruhan pelajar, lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan pedalaman.
Cuma saya ingin mempersoalkan sedikit, kenapa terlalu lama masa yang diambilkan untuk menghapuskan dasar yang menyusahkan itu? Kenapa perlu tunggu sehingga tahun 2012? Kenapa perlu menghapuskannya secara berperingkat, tidak dihapuskan terus? Ini bermakna para pelajar masih lagi belum boleh menghembuskan nafas lega kerana mereka terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk mempelajari subjek-subjek tersebut di dalam bahasa ibunda.
Adakah pihak kerajaan baru memansuhkannya pada 2012 semata-mata mahu rakyat melupakan isu ini buat masa sekarang? Kemudian pada 2012 tidak ada apa-apa tindakan yang dilakukan. Saya berharap pihak yang berkenaan jangan cuba bermain-main dengan rakyat.
Isu lain : Bila pula mahu menukarkan bahasa pengantar di Universiti dan Kolej daripada bahasa Inggeris ke bahasa ibunda? Bukan saja kualiti pembelajaran pelajar di sekolah rendah/menengah merosot, bahkan di IPT turut mempunyai kesan yang sama. Ini semua gara-gara Mahathir, kerja yang ditinggalkannya banyak menyusahkan orang lain!
Berita : Di sekolah kebangsaan, PPSMI akan ditukarkan ke bahasa ibunda (Melayu), manakala di sekolah jenis kebangsaan (Cina & Tamil), PPSMI akan ditukarkan ke bahasa masing-masing. Namun terpaksa menunggu hingga ke 2012!
Sumber: http://reformisjalanan.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Mansuh PPSMI
DAP Gerik, Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|