Cukup menghairankan, bagaimana orang ternama seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra boleh melarikan diri dari pemerhatian pihak berkuasa di Malaysia semasa berada di negara ini.
Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri.
Malah, bukan setakat Taksin sahaja yang berjaya melepaskan diri, kes orang yang dikehendaki lain seperti Ayah Pin yang membawa ajaran sesat “Kerajaan Langit” pun tidak berjaya diberkas oleh pihak polis.
Pada bulan lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat di dalam laporan mereka “Trafficking in Persons Report 2009″ menyenaraikan Malaysia di tangga ke 7 dunia di dalam aktiviti penyeludupan manusia.
Laporan-laporan sebegini sebenarnya memberi imej yang buruk kepada pasukan keselamatan Malaysia. Tambahan pula, orang seperti Taksin sangat dikehendaki oleh kerajaan Thailand bagi membolehkan dia menjalani hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menyalahguna kuasa.
Selepas insiden itu, Thaksin dikatakan berlepas ke Fiji.
Oleh itu, jikalau orang ternama seperti Taksin berjaya melepas kawalan keselamatan negera. Makan, apatah lagi bagi orang lain yang tidak dikenali diseludup ke negara ini untuk aktiviti perdangangan manusia seperti yang laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat itu.
Bagi saya, semua ini adalah bergantung kepada usaha pasukan polis. Ini kerana, jikalau pasukan polis berusaha untuk menyiasat sesuatu kes, meraka akan menemui jalannya. Kita ambil contoh bagaimana kes Michael Soosai yang memalsukan kematiaanya beberapa tahun lepas telah berjaya ditemui di India sebagai bukti kejayaan pasukan polis.
Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

Browse » Laman Utama
Kalau Thaksin pun boleh lepas, apatah lagi orang lain
DAP Gerik, Monday, July 6, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|