Terima Kasih Guan Eng Kerana Cakap Serupa Bikin

Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang benar-benar berusaha untuk membina sebuah pentadbiran awam yang bersih. Sejajar dengan itu, seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily, Kerajaan Negeri akan menyumbangkan RM10,000 sebagai Anugerah Integriti kepada setiap kakitangan sektor perkhidmatan awam negeri ini jika mereka berani tampil mengenengahkan kepincangan, pembaziran, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kewangan kerajaan yang mengakibatkan kerugian wang awam atau mengurangkan hasil negeri. Selain daripada menerima wang tunai RM10,000 mereka yang terlibat juga akan diberikan cenderamata, sijil penghargaan dan lain-lain ganjaran yang sesuai.

Menurut satu kenyataan media Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam, pemberian itu selaras dengan pengumuman Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahukan pentadbiran yang telus daripada sebarang amalan yang boleh merendahkan pandangan awam terhadap kerajaan.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mngenai penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya boleh dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri. Utuk memastikan kesahihan laporan yang diterima, satu jawatankuasa panel telah dibentukyang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri sendiri.

Syabas Kerajaan Negeri Pulau Pinang, syabas Guan Eng, syabas kepada semua saf kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bukan sahaja setakat bercakap mengenai pentadbiran kerajaan negeri tanpa rasuah, tetapi benar-benar cuba melaksanakannya. Membikin bukanlah sesuatu yng mudah, ramai pemimpin BN kita sejak setengah abad yang lalu hanya cakap tak serupa bikin.

- pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/