Masa untuk UG telah tamat. Kini masa untuk berpadu tumbangkan BN

.Pertemuan pemimpin-pemimpin kanan di kalangan 3 gabungan Pakatan Rakyat telah pun selesai.

.Perbincangan yang berkisar kepada usul memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat untuk menghadapi Barisan Nasional.

.Kenyataan akhbar pun sudah dikeluarkan oleh Datuk Seri anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat bahawa usul kerajaan perpaduan oleh Pas tidak timbul lagi.

.Kini adalah masanya untuk kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan rakyat untuk kembali bekerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional.

.Oleh itu, marilah kita bersama-sama meneruskan usaha kita dan menghentikan sebarang perbuatan yang boleh memecahbelahkan perpaduan pakatan kita ini.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/