Kak Min adalah nama yang sangat popular dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian serta TV1,2 dan 3. Macam-macam berita "kebaikan" Kak Min dan apa jua pendedahan yang dibuatnya disiarkan secara meluas oleh media-media itu.
Dengan ketiadaan calon UMNO, media-media aliran BN/UMNO itu menonjolkan Kak Min sebagai calon yang boleh dipercayai.
Dan berbeza dengan calon-calon Bebas lain di Penanti, Kak Min ini mempunyai kain-kain pemidang yang standard dan dipasangkan diseluruh kawasan Pilihanraya Kecil Penanti. Banyaknya duit Kak Min nih?
Dengan bantuan Media pro-BN, Kak Min berasa seronok dan gah kerana mendapat liputan hebat.
Pimpinan UMNO sangat mengharapkan agar Kak Min ini akan memperolehi undi yang besar walaupun kalah. Ah..rupannya meleset sangat. Dengan bantuan dari media pro-BN, rupa-rupanya Kak Min hanya kutip 392 undi dikalahkan oleh calon Bebas yang satu lagi iaitu Nai-Kan Ari, sehingga beliau tak terhingin pun nak hadir di Dewan semasa keputusan diumumkan.
Kak Min mungkin boleh mendapat undi simpati jika dia tidak berlebih-lebih berego kononnya ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. Aii, gila sangat ke YAB Lim Guan Eng nak lantik Kak Min ni? Tak cukup dengan dakwaan itu, dia dakwa lagi ditawarkan RM80,000.00 dan jawatan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran. Amboi, ajak kawan-kawan makan di rumah, pasang perangkap? Jenis manusia apa ni?
Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Kak Min - Nama Popular dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian
DAP Gerik, Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|