Dr Mahathir Akui Dia Sudah Nyanyuk!

Sebelum ini sudah banyak kali orang kata Dr Mahathir kadang-kadang memberi pandangan aneh, seperti orang nyanyuk. Tapi Dr Mahathir sendiri secara terbuka tidak pernah mengulas mengenai tahap kesihatan mentalnya.


Tapi hari ini star online membuat kenyataan berikut mengenai Dr Mahathir:


Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok kerana dilihat menyokong idea kerajaan perpaduan, Dr. Mahathir berkata tindakan tersebut adalah sesuatu yang normal.

"Biasalah kadang-kadang dia marah, dia dah tua sikit, macam sayalah nyanyuk, saya pun kadang-kadang marah juga," katanya.

Akhirnya Dr Mahathir akui dirinya sudah nyanyuk. Yang membuat kenyataan itu adalah dirinya sendiri yang juga seorang doktor perubatan. Oleh itu jangan nafikan apa yang Dr Mahathir kata, kita kena percaya dengan kata-kata Dr Mahathir bahawa dia sudah nyanyuk kerana ia datang daripada mulut seorang doktor sendiri.

- pendikar gunung keriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/