Speaker telah menghadiri jamuan makan malam DAP di Dewan Tow Boh Keong, Jalan Kampar Ipoh pada 1 Mei 2009. Dewan dua tingkat ini dipenuhi dengan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Sambutan yang hangat diberikan kepada Speaker apabila beliau melangkah masuk ke dalam dewan itu. Beliau disambut dengan tarian singa. Beliau diberi tepukan gemuruh kerana semangatnya mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi. Ini menunjukkan rakyat Perak bersama-sama beliau dalam segala tindak-tanduknya menyelamatkan bumi Perak. Rakyat mahu demokrasi dikembalikan. Pilihanraya merupakan satu-satunya jalan penyelesaian. Kita mesti menghormati suara rakyat. “Suara Rakyat ‘Bubarkan DUN Perak’ Suara Keramat”
http://speakforperak.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Majlis Makan Malam Perdana DAP Sempena Ulang Tahun Ke 43
DAP Gerik, Friday, May 1, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|