Sungguh menyedihkan melihat keadaan Negeri Perak. BN tidak mahu tunduk kepada kehendak rakyat. Dua orang ADUN Bebas (yang sudah letak jawatan) yang menyokong BN mempunyai kes rasuah di mahkamah. DS Zambry pula belum tentu boleh menjadi Menteri Besar Perak. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa DS Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Pelbagai taktik kotor dan konspirasi telah dibuat untuk menjatuhkan Speaker V.Sivakumar. Tetapi, semuanya tidak sah. Kekerasan bukanlah caranya untuk mengambil alih kuasa. Kedudukan kerajaan Perak sudah dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin politik BN dan PR, Suhakam, Majlis Peguam, agensi-agensi bukan kerajaan dan pelbagai pihak. Apa yang ada sekarang ialah satu kerajaan kuda kepang. Semuanya tidak betul. Untuk kebaikan seluruh rakyat negeri Perak adalah baik untuk membubarkan Dewan Negeri. Jangan pula kita sampai ke tahap rakyat merasa benci dan hampa seperti 'menunggu kucing minta api'.
Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Kerajaan Kuda Kepang
DAP Gerik, Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|