Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini. Menurut Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming, Pakatan Rakyat mungkin memulaukan sidang DUN sebagai tanda protes.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak. Sama ada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan ataupun Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) belum diputuskan lagi, kata Nga Kor Ming yang juga merupakan ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping .
Kes membabitkan Nizar dan Zambry telah ditetapkan untuk didengar pada 5 dan 6 Mei ini. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara berkaitan dengan sidang DUN ini, ulas beliau.
Nga menyarankan bahawa, pimpinan BN harus menangguhkan sidang DUN sementara menunggu keputusan kes. Dalam pada itu, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masih belum meneima agenda sidang minggu depan itu.
"Di bawah suasana atau situasi normal, agenda perlu diedarkan kepada kami dalam tempoh dua minggu sebelum sidang," Menurutnya lagi, beliau ada menerima maklumat bahawa BN akan mengemukakan usul untuk menggugurkan Speaker Dewan Negeri V. Sivakumar.
Tambahan pula, keputusan BN memanggil sidang DUN juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri. Datuk Seri Najib harus menjelaskan pendiriannya memandangkan orang bawahannya bertindak bertentangan dengan kenyataan awal beliau, kata Nga.
Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/

Browse » Laman Utama
Benarkah Pakatan Rakyat Mahu Pulau Sidang DUN Perak 7 Mei?
DAP Gerik, Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|