Sambutan hangat dan menakjubkan di P059 bukit gantang membuatkan UMNO terkedu !!!

Semasa di tempat penginapan bloggersnetwork@perak aku tak tidur sampai pagi.. tepat jam 5.00 pagi aku terus pi mandi, kawan kawan yang lain masih membuta,abang mat lentok bagus punya labuayor pun sama dah tak sedor mimpi bagus ler tu. Cuma ustaz apa nama aku pun tak ingat dah.. maaf ustaz yer!!! cyberoon, perisik rakyat dan dugong darat masih dok bersembang pasal...tak payah habaq ler no!!! Aku dok rasa kalau pi lewat mesti tak boleh masuk sebab tu aku bergerak awai boleh tangkap gambaq banyak sikit. Lepas siap mandi aku pun bergerak ke lokasi...sampai dilokasi jam 5.30 pagi aku tengok orang dah mula penuh, betul ler jangkaan aku tadi...nak cari parking pun susah..ronda-ronda dapat ler parking. Turun daripada kereta aku terus bergerak ke masjid. Tengah tengah berjalan aku terjumpa seorang abang daripada parti mana aku tak payah sebut ler hangpa tau ler sendiri kalau dah line tu.. memang marah betul abang tu...dia kata bukan aku kata.. nak ambil ayaq sembahyang pun tak ada..depa tutup..la sampai macam tu perangai depa orang nak ambil ayaq sembahyang, buka ler dok pi tutup tu pasai apa bodo betul ler!!! Selepas meninggalkan abang tu aku pun memulakan operasi untuk menangkap gambar yang baik-baik punyaaa!!! Hangpa layan ler disini dari mula sampai ler habis percalonan.

Pukul 6.00 pagi penyokong-penyokong dah mula tiba


Maskot katak!!! biasalah musim hujan


Masa nii..jam 6.30 pagi sedang asyik meronda-ronda terjumpa ler maskot nii...katakk!!
Katak ni khas didatang dari mana yer...aku pun tak tanya....bagaimana pun ianya ditujukan khas kepada 3 katak-katak tu!!!


Penyokong-penyokong ni baru tiba tengah bersembang ler tu..nak pi kedai minum belum buka lagi.. bantai ler di tengah jalan pun


Yang cukup istimewa si kenit nii..posing habis atas belakang abang tu!!!! berat tu yeop bukan nya budak-budak lagi


Abang polis ni subuh-subuhi lagi dah mai jaga lalulintas..apa nak buat dah tugas dia..tak mai nanti depa marah pulak


Ni..wartawan-wartawan yang dapat aku tangkap gambar akhbar mana tak tau ler!!!


Wahhh...macam-macam style depa ni dok rilek..aku tahu depa tu letih sebab datang dari jauh


Penyokong-penyokong PAS ni sedang menunggu ketibaan penyokong-penyokong yang lain


Haa..ni satu lagi banner yang cantik untuk calon P059


Ler abang ni...awat teruk membongkok tuu!!!


Penyokong-penyokong dah sampai tapi belum dibenarkan masuk lagi ke padang...abang polis tu pusing belakang pasai apa tak tau ler.. mungkin malas nak tengok kot penyokong-penyokong pakatan rakyat yang ramai


Ketibaan ribuan penyokong-penyokong pakatan rakyat daris seluruh negara


Ketibaan penyokong AMK Pahang


Ketibaan penyokong-penyokong teluk kemang


Wahh hensem abang ni... angkat tinggi sikit banner 23.3 gantung tu... haa...sampai dah terganga sikit mulut tu apa citer!!!


Adik ni best...adik ker? bukan daa...camner nak cakap yer..lebih kurang macam amran kenit ler sedang melaungkan takbir!!! takbir!!! takbir!!! kepada penyokong-penyokong PAS


Sokongan daripada damansara


Yeop tu rilek jer duduk atas motor polis trafik ..baik-baik yeop calor mutu dia tak ker haru kamu kena bayor


Pergerakan penyokong pakatan rakyat ke lokasi penamaan calon sejauh 3 kilometer..letih dibuat nya sampai jem kaki kaki tapi semangat punya pasal hentam juga ler


Yang ni..dah sampai ke lokasi penamaan calon


Baik-baik langkah nanti jatuh dalam longkang tu apa pun tak dapat!!! Dapat ler sakit kaki


Yeop-yeop ni sedang kibar bendera memang semangat giler..bantaii jer yeop!!!



Nii..penyokong-penyokong dari generasi baru...depa tengah sembang apa aku tak tau!!!


Penyokong-penyokong muslimah pas ni tetap setia walaupun terpaksa menunggu di tengah panas.. ala biasa ler tu yong


Kalau lihat muka abang-abang polis FRU ni memang serius habis...senyum ler sikit bang. Gamaknya mereka ni..memang diajar macam tu kot!!!


Haa jauh sikit dari dawai tu!!! Kata abg polis tu.. Inspektor kot.. tah aku mana tahu pangkat-pangkat polis ni.


Tengok punya nyer ramai...itu baru setengah jer!!!


Muslimah-muslimah PAS yang datang memberi sokongan kepada calon P059 Bukit Gantang


FRU sedang berkawal untuk mengelakkan penyokong-penyokong serbu semasa pencolanan nizar semalam


Anggota-anggota FRU ni tetap setia walaupun berkawal didalam keadaan terik cahaya matahari..PANAS Yeop tengok muka-muka depa tu?


Wahh seronok penyokong-penyokong DAP nii...apabila gambar mereka diambil posing habis ler bila lagi nak tunjuk kat puak-puak UMNO....nii ler masa nyer


Waa...rilek jer nyonya ni!!! Ehh..soliii nyonya ke amoii tu?

Banner untuk Najib


Haa..betul tu jangan timbang-timbang fikir-fikir bulat-bulat.


Haa..banner ni khas ditujukan untuk tiga petualang rakyat perak


Kerajaan haram BN Perak


Ala abang ni tepi sikit tak nampak banner tu!!!


Adik-adik ni pun tak lepas peluang untuk memberi sokongan kepada calon P059 dari mana datang aku tak tau ler.


Banner yang menarik untuk calon P059


Abang-abang SB ni sedang menjaga keselamatan di tengah padang semua rilek jer tahniah buat mereka


AMK Pahang

Kami datang, kami datang dari pahang, kami bawa kami bawa kapal selam..itu ler nyanyian dari AMK Pahang


Banner oleh AMK Pahang anngkat tinggi sikit yeop orang nak tengok


Kapal selam


Cantik baju yang dipakai oleh abang ni...ader gambar nizar, saja aku tangkap dekat baju jer tak ler nampak muka abang tu sorry bang yer jangan marah.


Exco keadilan gopeng nama aku tak tau hensem ler juga...


Wa cantik kat-kata dekat belakang baju abang ni terus tangkap jer.


Haa...ni geng PAS Gerik Mat isa dan Yeop


Waa.... cantik punya kapal selam khas untuk najib yang direka oleh AMK Pahang. Tahniah AMK pahang gua tabik sama geng-geng ni.


Dalam meronda-ronda nak cari gambar yang best waa terjumpa 1 pasangan ni, wa dok fikir siapa dia ni ooo...baru wa ingat ustaz badrul amin apa lagi terus tangkap ler. Ustaz Badrul Amin pun sporting...cuba tengok tu siap buat tanda bagus lagi, caya lah ustaz.


Wa tersengeh abang tu dapat bergambar dengan kapal selam bukan senang nak bergambar macam ni....jauh bawa mari kapal selam tu!!!

AMK pahang tgh posing best nii.....


Masa ni penyokong-penyokong BN ada sikit provikasi aku tak tau ler pasai apa lantak pi depa ler malas nak pi dekat

Wa nak gelak tengok penyokong-penyokong BN banyak ni jer hangpa nilai ler sendiri... dan hangpa tengok penyokong pakatan rakyat huyoooo...sampai nak nak jalan pun susah.


Wahh awek ni tgh posing best punya saja aku minta nak tangkap gambar depa bukan ler nak ngorat, cuma tertarik dekat baju yang depa pakai tuu...ada gambaq altantuya mana nak cari.. pi ler supermarket ker emporium ker gerenti hangpa tak jumpa nya nya kalau hangpa pi mintak kat najib ada kot...hahahaha


Ketibaan calon P059 Nizar jamaluddin disambut penuh semangat oleh penyokong-penyokong PAS


Ustaz Haron Din terpaksa dikawal kerana beliau terperangkap dalam kesesakan orangramai tapi takder masalah apa pun sikit jer








sya reformis bersama member-member dah nak cabut balik mana aku tau ler tu...KL kot berhati hati ler di jalan raya





YB Parlimen Kuala Trengganu Wahid Endut memberi ucapan dan semangat kepada jentera PAS supaya bekerja keras di P059 supaya BN dapat ditumbangkan












Balik KL jumpa lagi!!!